Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 22, 2015

Jalan Jalan Cari Makan di Kota Kinabalu, Sabah

Post ini aku tujukan khas untuk kawan aku Dayah J =)

Katanya nak datang masa cuti merdekan nanti dan bertemakan rutin harian menjadi kesukaan jiwa dan raganya iaitu MAKAN La Kauuuuuuuuu......!!!!!!!!!!

Time of contact Less than 24 Hours.

Katanya hari Ahad 31 Ogos 2015, akan balik dari Kudat menuju ke KK.

Makanya aku bajet-bajet dia sampai KK masa tengahari.

So, destinasi pertama ialah: 

1. Lokan Bakar + Dadih Kelapa + Kelapa Bakar
di Salut.

Sebab: Kalau jalan dari Kudat, elok just nice lalu depan Shell Telipok yang ada sekolah, turn right direct terus ke Salut. =)







2. Sessi ABC Buah-buahan + berJERUK-Jerukkan dan berSunSet
di Tanjung Aru





3. Dinner Seafood di Segama atau belakang Pasar Filipon tapi kalau nak lagi nice pergi Gayang Seafood. Ada surau...lepak sampai lebam pon boleh hihihihi


4. Coffee session di Signal Hill. View KK dari atas bukit =)

5. Sebelum balik ke semenanjung, aku plan nak bawa dia g makan 
Ngau Chap di Ngau Chap Keningau di area OUM, Lintas




========================================================================

Benda kena bawa balik:

1. Kopi Tenom Cap Yit Foh

(ini yg 2in1. Better yang serbuk lagi)

2. Teh Sabah (kalau x beli pon xpa sebab kat Semenanjung pon ada jual)
3. Kuih Cincin made in Papar
4. Amplang made in Tawau
5. Ikan Bilis Mata Biru
6. Ikan Liking made in Kota Belud
7. Madu made in Kudat


Saturday, August 15, 2015

LAZADA ohhhhh LAZADA

Akhirnya terjebak juga aku dalam arena shopping di hujung jari telunjuk dan kadang-kadan ibu jari dan jari manis juga membantu

Kali ini 3 pembelian sekaligus aku buat dalam masa beberapa minit muhahahhaaha

Bermula dengan puting susu Tommee Tippee Fast Flow untuk anakanda yang tidak suka puting susunya yang sikit sikit keluar hahahha....ermmmm untuk 6 months ++ tapi anakanda selamber aja pakai...Namun begitu tetap gagal juga...ermmm bakal menggunakan jarum untuk melubang besarkan puting tersebut....haisshhhhh....mahal kottttt


RM29.90 Free Shipping from LAZADA dan pandai kan aku...buat alamat rumah, 2 kali dapat notice, 2 kali dapat call dari GDex, Last last ambil sendiri ke Hub dia hahhhaa

Pembelian seterusnya ialahhhhh........


Mainan multimedia untuk anakanda berbentuk Epal dan Apacer AC 233 Hard Disc 1TB untuk aku hhahahhha


Dapat murah untuk Epal tu, RM19.90. Biasanya RM39.90 dan ke atas.

Hard Disc tu memang terbaik, aku dapat RM149.90 hihihiihi.
500GB aku pon RM180 tauuuuuu




Epal ni bagus, ada bacaan doa harian, Al-Quran Juz Amar, Doa Sembahyang, Nasyid dan Epal ni boleh keluarkan 4 jenis warna yang boleh menarik minat anakanda aku untuk main dengannya hihihih

Till Next Shopping La la laaa laaaaaa hahahaha... =)

Tuesday, August 4, 2015

Baby Selsema ??


Semenjak jadi appa ibu ni, aku dan H macam ada satu aura hebat di mana ianya membawa slogan `anak sihat, ibuappa cukup tidur' hahahaaha...=)

Semuanya perlu dilakukan dengan pantas, diri perlu sentiasa cergas supaya anak sihat sentiasas..erm nak juga hujung `s' kekekeke

Tetiba hidung KA berhingus dan bunyi nafas berkahak...kelam kabut aku p ambil kunci motor berpelikat dan tshirt menuju farmasi.

Sampai farmasi beli nasal aspirator, decongestant nasal drop for infant dan minyak kayu putih


Perlu sentiasa ada dirumah untuk memastian kelegaan dari hingus dan kahak..kesian, nak tidur pon KA tak selesa. Kalau dia tak selesa, merengek, macam mana aku nk tidur hahahaa...