Search This Blog
Friday, October 23, 2015
M Gainer - Formulasi Tambah Berat Badan
Saturday, October 17, 2015
Budget Hotel in Langkawi Island
Beberapa penginapan yang boleh difikir-fikirkan kalau stranded lagi di Langkawi nanti hhahaha =)
Tak memasal stay lagi di Langkawi untuk 2 malam kannnnn.
Lokasi: Pekan Pandak Mayah, Pekan Kuah.
Sebab: boleh shopping coklat dengan makan pon senang. Walking distance. Tak perlu sewa kereta dan naik teksi
Misi mencari hotel budget bawah RM100 , lagi murah lagi bagus sebab nak guna duit bencana menimpa pula kan kkekekkekeke....
Ada yang mencadangkan stay di My Hotel yang mana kadar semalamnya RM91.00. Xda breakfast. Tetttttttttt = MAHAL
Bermula mencari tempat bermalam pertama di Azio Hotel, Standard room = RM95.00 tanpa breakfast. Bilik nampak baru dan hebat. Lari bajet juga kalau 2 malam hihiiii
Berdekatan Azio Hotel ada hotel bernama:
1) COCO VALLEY INN
Thursday, October 15, 2015
Malaysia Airlines Baggage Allowance
Monday, October 12, 2015
Opsss i did it again =)
Again with AIRASIA =)
Friday, October 9, 2015
AirAsia Wi-Fi OnBoard
Wednesday, October 7, 2015
Tragedi Oktober 2015
5 Oktober 2015 detik bersejarah buat aku sekeluarga.
Tidak disangka-sangka Pulau Langkawi dilanda jerebu yang dahsyat.
Walhal semasa datang haritu, Langkawi cerah.
Langit tidak selalu cerah, mendung bukan bererti hujan
Langkawi dilanda jerebu tebal.
Seawal pagi jam 9am 5 Oktober 2015, kami sekeluara bergerak ke Langkawi International Airport (LIA). Flight aku pukul 10am manakala H & KA jam 11.30am.
Selesai urusan check in aku, kami beratur di kaunter check in AirAsia. Just nice H selesai urusan check in keluar pengumuman yang LIA tutup selama 4 jam dan akan dibuka jam 2.00pm.
Kami sekeluarga melepak kat kerusi depan MarryBrown. Keluar pengumuman yang flight aku cancelled. Minta ke Kaunter MAS untuk dapatkan Boarding Pass yang baru untuk flight yang baru ada pukul 1.00pm.
Bila Airport dibuka semula pada jam 12.00 aku pon masuk Boarding Hall duduk dalam tu dan dengar pengumuman flight H dan KA delayed sampai jam 3.00pm. Lepas tu dengar pulak pengumumuman yang flight aku pula cancelled.
Airasia buat pengumuman minta passengers untuk keluar ambil luggage dan beratur tukar flight keesokkannya sebab semua flight hari ini bagi AirAsia cancelled.
Aku p tanya MAS dia cakap tunggu dalam boarding hall nanti flight pukul 7.55pm mereka akan bagi boarding pass baru.
Tahi kucinggggggg (baca macm Mr Os cakap)
Selesai aku beratur dengan H berganti-ganti untuk tukar flight H yang hanya kosong pada 7 Oktober 2015. Aku pon saja-saja p tanya kaunter check in. Dia cakap sepatutnya aku keluar tadi ambil boarding pass baru dan dapat flight 7.55pm. Kesudahannya aku dapat flight 9.45pm dan disudahi dengan tukar flight lagi ke 7 Oktober 2015 2.35pm. Binawe betul orang MAS yang kerja kat dalam boarding hall tu. Aku ada kursus woiiiiiiiiiiiiii. Aku dapat tukar tiket dalam pukul 9.00pm.
Kesian KA tak memasal baby lagi dah stranded dalam airport lebih 12 jam.
Dapat tiket aku, kami ambil teksi dan ke Pekan Kuah pergi cari hotel. Simple survey dan buat keputusan stay di Coco Valley Inn. Badan dah penat otak dah lemas. Mandi2 solat2 tidur. KA masuk bilik, nenen terus tidur. Penat dah dia. Kesian.