Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 29, 2015

Happy 2nd Anniversary


Alhamdulillah ...=)

Saturday, December 26, 2015

Mee Rebus Kamaruddin, Teluk Intan


Lama dah tak perkena Mee Rebus paling legend dan tak mainstream kat Teluk Intan ni hahhhaha.

Lokasi kat Jalan Selat, Belakang Medan Mara.

Dulu masa muda mudi kecil kecilan, abah mak selalu bawa aku adik beradik makan kat sini.

Kami panggil kedai mee rebus ni KEDAI MEE SEMPIT.

Hahahahah

Sempit sebab Kedai ni sempit hahahha.


Masuk je pintu macam pintu rumah besarnya. Pastu tengah tengah ada jalan, kiri kanan ada meja makan.

Menunya ada 2 je:

Mee Rebus Biasa
&
Mee Rebus Telur

Tapi ada penambahan dari senarai minuman

Kalau dulu kan ada 2 jenis air je. Air laici dengan air sirap. Harga pon terbaik punya. 2posen je ooiiiiiiii hihiii


Haaaa....nampak kan keluasan restoren ni.

Tapi macam anak dia dah take over. Dulu pakcik yang buat mee rebus ni.



Disebabkan dah terbiasa makan mee rebus air sirap, aku pon order macam selalu. Sekali terpandang Senarai Minuman terus cakap kat abah, fuiyoooo air dah banyak jenis kekeekkee.

Harga pon macam dah mahal dari dulu tapi okla kan, ikut peredaran masa & kenaikan harga bahan mentah.

Rasanya: ermmmm zaman aku makan masa kecik2 dulu sedap lagi kot. Pekat kuanhnya hihiiiii.

Apa apa pon, memang recomended.

Wednesday, December 23, 2015

Bila Pilot Itu Kawan Aku

19 Dis 2015 aku balik semenanjung sorang2. H & KA tinggal dan akan balik malam ini.

Tiket mahal betul kalau nak balik sama-sama. Cecah seribu yer.

Ini juga 1st time aku naik AA dari Terminal 1, KKIA. Pakai warrant so dapatla 40kg check in luggage + meals + hot seat.

As usual Senior FA akan bagi annoucement dan tetiba dia cakap pembantu juruterbang Faiq.

Eh eh...nama kawan aku tu. Dia juga memang pilot AA. Tapi, kalau dia cakap Pembantu Juruterbang Dr Faiq. Aku boleh kompomkan hahahahhaa.

Bila landed di KLIA2 aku tunggu sekejap Pilot keluar dan yes, betul hahahhaa.

Seronok juga ye bila kawan kita jadi pilot, bawak kita terbang laju2 dan sampai dengan selamat hihii. =)

Harap-harap sorang lagi kawan aku dzerg dapat bawa aku pula pasni hihi. =)

Wednesday, December 9, 2015

Dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur

Perbezaan antara sebelum dan selepas ada KA amat ketara sekali hihiiiiii.

Biasanya, kalau aku balik sorang2 kompom aku ambil peluang balik kampung atau dok lepak KL sabtu ahad sebab biasnya kalau ada meeting/ kursus dia akan buat habis khamis atau mula isnin hihiii.

Buat pertama kalinya aku ke Kuala Lumpur balik hari hahahhaa...=)

Macam KK ni Melaka je aku buatkannn haahaha

Aku beli tiket Malaysia Airlines paling awal dan AirAsia yang paling lewat.

Gigih juga aku sbenarnyakan....

Hihiiii....=)

Pengalaman baru aku. Dan hasilnya...penat betul aku rasa keekekekek....ageing ba kann huhuuu

Flight AirAsia yang aku naik ni turun parking di Terminal 1. Havoc la pasni. Kompom kena datang awal. Ramai makhluk beratur kat imigresen. Experience =)