Muzium Marin, pergi untuk kali kedua selepas hampir 2 tahun aku x menjejakkan kaki ke Pulau Labuan ini.
Tapi kali ini special sikit, dulu jalan ngan member bujang sekarang datang dengan isteri dan rakan-rakan muhaha
Tiada beza aku tengok dari segi tempat dan lokasi. Cuma aku rasa, tempat ini perlu ada pembaharuan dari segi landscape dan kecerian. Terasa seperti berada dalam suatu tempat yang agak sunyi dan tiada daya tarikan. Walhal, tempat ini merupakan salah satu tempat yang paling aku suka lawati.
Muzium Marin ini terletak di dalam Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan
Masuk sahaja bangunan tadi kita akan dapat melihat ikan terjojol keluar dari batu konkrit. Keras terus haha
Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung. Cuma kena tulis nama pelawat. Kalau secara berkumpulan, wakil sahaja yang tulis.
owh yeahhhh.... ini adalah belangkas. Teruja aku ngan H hahhaaa
Boleh pula belangkas ni berkawan baik ngan shark kan. kena kokak kang baru tahu hihi
Ikan ni cantik tapi malu bila tahu aku nak ambil gambar dia
Ini adalah ikan buntal yang pelik. Biasa tengok bulat kat perut. Ini petak pula bentuk badan dia. hihi
Ini paling aku suka. LOBSTER. Apadahal. Sekilo pon nak dekat beratus-beratus dekat Pasar Pilipin. Kalau dah bela macam ni, beso gedabak. Aku rasa mahu dekat 3 kilo berat Lobster ni haha.
Ikan Singa katanya. Bolehla, bulu leher seakan-akan singa
Ini kalau pada papan tanda, dia tulis Trigger Fish. Betoi idak aku x tahu sebab cari-cari duri dia, x nampak pula. First time aku dengar nama ikan ni masa pergi Pulau Mabul haritu. Katanya, durinya sangat bahaya. Sakit kalai kena trigger.
Umang-umang laut. Hahahahaha....pandai-pandai je aku kan lalalalla. tak tahu nama dia. lupa nak tengok kat papan tanda kat akuarium
Selesai di timgkat bawah muzium, bolehla naik ke atas. Ada lagi pameran. Kat sini boleh nampak ikan dugong yang telah diawet. Ori beb hihi... =) Kat sini juga ada rangka ikan paus kot. Beso gila.
Ikan nemo aka Clown Fish memang banyak tapi musykil aku sebab cari-cari tak jumpa pula gambar dalam iphone. mungkin tak ambil gambar nemo hahahaa... masihku ingat berenang bersama-sama nemo masa pertama kali aku ke Pulau Mabul bersama H.
Apa-apa pon, ini adalah tempat yang menarik untuk dilawati. Ala-ala Aquaria KLCC la kan tapi versi masuk percuma.
Nanti dah ada baby insyaAllah, aku nak bawa baby datang sini tengok ikan. Best... =)