Hari yang dinanti-nanti telah tiba. Pagi ini Tour Sungai Mekong jadi tajuk cerita. Sarapan di Restoren Mansur.
Aku suka betul nginap di An Tam Hotel (ATH) ni tau. Dapat kupon sarapan pagi di Restaurant Haji Mansour selang dua unit sebelah ATH sahaja. Nanti di restoren ni dia akan bagi kad menu, cecepat aku hulur kupon makanya dapat kad menu yang lain. 1 pax kupon boleh pilih 1 makanan dan 1 air. Dan aku pilih Pho Daging ye sebab mahal harganya berbanding roti canai yang murah tu sebab dia kira bilangan makanan dan minuman bukan harganya hahahha. Abang nak roti canai makanya terpaksa order la dan H nak makan nasi goreng ayam tak pedas kongsi dengan girl.
Siap makan terus ke depan Bismillah Tour dan naik Ford Transit ala-ala bas van tapi besar ooooo. dudukla berempat kat baris belakang sekali. Jumpa pula kawan dari Indonesia yang sekali pergi Chu Chi Tunnel semalam hihihi
Pukul 8.00 pagi dah gerak ke Sungai Mekong naik Ford Transit. Jauh juga perjalanan ni. Sempatla tengok pemandangan yang tak jauh beza dengan Malaysia. Sepanjang perjalanan aku memerhatikan kiri dan kanan kota ho chi minh ni. Boleh tahan pembangunannya.
Kutar pon Kutar laaaaaa.
Aku beli sehelai baju kurta warna turqoise. Suka betul aku dengan design dan warnanya hahha. Macam rasa nak buat tag brand sendiri pula hahahha.

Ramai betul pengguna motosikal ye. Tapi majoriti pakai skuter takde pula aku nampak pakai 125z hahaha.
Haa...dear all makciks makciks bawang. bawang is overload hahahhaa.
Jenuh aku perati apala yang di buat kat tengah-tengah jalan tu haa. okay, jual tiket loteri hahhha.
Tol wehhhh...ada juga rupanya.
Sawah padi terbentang luas. Cuma yang rare dicelah-celah sawah padi ini dan keunikannya terserlah yang aku nampak pada sawah padi di HCM ni ialah terdapatnya kubur. Owner bendang mungkin.
Jadi dalam perjalanan ke Sungai Mekong, destinasi pertama ialah berhenti di satu showroom berkaitan dengan hasil buluh. Biasala aku, dah set dalam kepala, ini semu agenda memperomosikan hasil rakyat untuk ditunjukkan kepada pelancong.
Thuan My. Ada demo dan jualan produk mereka. Ada juga yang membeli. Bagus produknya tapi kalau aku macam tak guna sangat. semua macam dah ada tapi bukanla dari buluh kikikiiii.
Akhirnya sampai juga ke Jeti Sungai Mekong.
Sampai je jeti Sungai Mekong, banyak betul boat yang dah menunggu. No life safety jacket. Aku pasti sebab aku mencari hahaha. Tapi insyaAllah selamat. Bot pon bergerak perlahan.
Naik bot dan terus ke pulau. Abang excited naik bot. Sampai je destinasi pertama disambut dengan sarang lebah hihihi. Sempat la aku bergambar dengan Bee Hives. Teringat masa di Bolu , Turki, pertama kali aku makan sarang lebah. Katanya propolis. Arghhh...madu lebah juga yang aku rasa dalam mulut ni hahahaha.
Diberikan tempat duduk, dan dijamu dengan air teh madu. kerepek bermacam jenis. Bertambah teh aku, beli madu kerepeknya tidak hihihi.
Siap minum menjamah kerepek, berjalan kaki sampai la satu simpang ada keluarga jual air isi buah nipah (kottttt). Beli la segelas buat pecah haus. Abang kemain suka dengan air ni.
Buah nipah la ni kot kan? hahhaha
Tak lama lepas tu sampai kereta kuda, yes naik kereta kuda, ketuk ketak ketuk ketak bunyi ladam kuda tu. Sekali lagi abang excited keterujaan. Girl? belum faham apa-apa lagi. hahahha.
Berhenti kat satu kedai buah-buahan, Tour Guide beli buah aku sempat rasa buah je hahahha. Kat sini abang dah jumpa kawan baru hihiiih. Mula mula malu lepas tu kemain lagi havocnya mereka berdua. Almaklumla dua-dua hero hihihhii. Lintas satu titi, ehhh, perahu sampan laaaa. Ok, aku pulak excited.
singgah lagi ke satu restoren di jamu dengan air dan buah-buahan. Percuma. Telan sahaja.
Lepas tu ada persembahan dari tuan rumah. Nyanyi-nyanyi. Sambil bagi bakul buat isi tips.
Aktiviti yang ditunggu-tunggu, yahoooooo. naik perahu.
Lepas tu ke jeti naik perahu. Haa, ni best. Naik perahu pon boleh jem sungai tu. H ngan girl duduk depan dan aku ngan abang duduk belakang H. pakai topi daun nipah tu. panas tengahari kot. Panas lit lit. Gambar kat perahu kurang memberangsangkan, riso nak keluarkan handphone. Satu lagi pasai panads trang tang tang, malas nak layan bergambar hahahha.
Sampai destinasi satu kilang buat gula-gula tapi aku tak ambil port sangat sebab penatnya ya amat. Naik balik bot terus ke satu restoren tepi sungai mekong. Restoren orang muslim, disediakan tandas dan surau untuk kemudahan pengunjung. Abang ngan girl siap mandi okay hahaha.
Siap semua naik balik bot untuk balik ke pengkalan. On the way tour guide bagi minum air kelapa seorang satu hihihhi. Sedap juga eh. Manissssss.
Sampai jeti naik ke pengkalan terus ke bas dalam kepenatan hahahha.
Destinasi seterusya ialah kedai jual pakaian.
H beli baju dan kain pasang kat sini. Lawa la juga.
Kemudian naik bas terus ke kedai jual barangan kulit dari buaya. Original woooo. Aku pegang kulit tu pon rasa geli hahahhaa.
tu haa, tour guide yang baik.
Kawan dari Indonesia siap beli wallet macam harga dekat 400usd juga tu. naik balik bas balik ho chi minh. Penatnya lahaiiii. Merasa la macet teruk masa perjalana balik. Ada lori kepala transformer langgar kereta sedan. Jauh betul bumper to bumpernya tu.
Destinasi seterusnya ialahhhhh
HAWA WHOLESALE & RETAIL
suka betul H kat sini. abang, girl dan kawan baru dah buat halaqah kat tengah-tengah kedai. Abang siap berbaring kepenatan hahhaha.
Aku beli sehelai baju kurta warna turqoise. Suka betul aku dengan design dan warnanya hahha. Macam rasa nak buat tag brand sendiri pula hahahha.
Balik semula terus ke depan pejabat Bismillah Tour. Nampak akak kopi baju kuning ni. Beli segelas kopi segelas milo. End up abang yang minum kopi sampai habis, aku minum milo. Ermmmm memang malam tu dia punya terang mata lain macam hahaha. Naik bilik terus kerana dek kepenatan. Baring-baring menanti masuk waktu maghrib. Siap badan mandi semua temgok bawah. Okay. Meriahhhhhhh hahahaha. Cepat-cepat turun balik bawah hahahhahaha.
Makan malam di Halal Amin Pho Muslim.
Terus meneroka menyelam pasar malam legal dan illegal hihihii.
Naik dengan hasil tangkapan. Rehat-rehat sambil nervous macam mana la nak bawa budak-budak ni esok naik bas g Binh Tay Market.
Dalam bas tadi tu ada satu famili dari Malaysia. Suka abang main dengan anak mereka. Yang mula perkenalan di kedai buah selepas turun dari kereta kuda tu. Alahai, kesana kesini sama-sama. Terguling sana terguling sini. Sekali maknya marah. Ok aku ambil abang, bawa lari. Pasti abang pon terlibat juga dalam permasalahan tersebut hihihihihi. Maafkan saya sekeluarga ya.
No comments:
Post a Comment