Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 14, 2018

Destinansi Ho Chi Minh 2018 - Hari Ketiga

Cerita hari ketiga bermula dengan...


Ke Binh Tay Market menaiki bas dari stesen bas Ben Thanh. Tambang seorang dewasa 5000d, abang dan girl free of charge. Turun di Stesen Bas Binh Tay. Mengagau sekejap. Handphone jadi bengong tak boleh detect GPS walhal line internet still 4G. Dahla panas terik, cari tempat teduh. Tarikk nafas panjang. Masih gagal hahhaa. Mujur ada buat research sikit sebelum pergi. So keluar dari pintu bus stesen utama (exit way), lintas jalan terus sampai jumpa simpang, masih gagal GPS aku. Sampai simpang tengok kiri tengok kanan, tengok kanan sekali lagi, ehhhh itu la Binh Tay Market hiiihhi. Mujur aku ingat arkitektur bangunan melalui pemerhatian dalam blog ke blog. Laju je alu tolak abang. Sekali sampai. Tutup! Under Renovation oiiiiiii. Hahahhaa.



Rupa-rupanya dari kedai aku lintas berhadapan stesen bas, lalu kat tepi dia tu la Binh Tay Market buat sementara waktu hahha. Kat sini tenang sikit la dari godaan penjual. Kain pasang, kain lace agak murah juga kalau pandai menawar. Barangan lain aku nampak kat sini lebih kepada borong. Kena beli banyak-banyak. Even penutup mulut mask tu pon kena beli sedozen. Ater idok ler aku beli banyak-banyak macam tu kan. 

Kat sini mencabar sikit bila mana girl restless. menangis kuat betul. Abang rilek macam biasa sebab dah dapat tengok robocar poli dengan ultraman kat handphone aku hihihihi. Ubat penenang aku panggil. Ermmm...tak bagus....tak bagus.

Masa kat kedai beli kain tu jumpa pasangan dari Malaysia. Lagi cool semalam datang arini datang lagi hahhaa. Beli banyak juga kain. Tapi paling best dia beli mainan dinasour untuk anak-anak dia. Macam best je kan. Tapi aku tak jumpa pon orang jual dinasour. Lori banyak la hahhaa. Balik semula ke Ben Thanh Market dengan dieorg juga naik bas yang sama cuma tunggu tepi jalan antara Bin Thay Market yang semnetara dan yang renovate. Sekali kena sound da dengan driver. katanya bus stand bus stand. Maksudmya tak bolehla tahan bas kat situ hahaha..tapi bila nampak aku bawa girl dan abang, terus dia senyap dn suruh naik cepat-cepat. Orang vietnam pon suka kat bebudak aku rasa hahhhahha. 

Balik bilik rehat kejap, tengahari keluar balik. Kali ni nak buat city tour sightseeing hahahhaa. Naik GRAB kereta Mazda CX-5 dari ATH ke Masjid Musulman. Alhamdulillah sempat solat asar di sini. Abang macam biasa, buat masjid ni macam masjid dia hahhahha.






Berhadapan masjid ni ada restoren Halal @ Saigon. Siap solat kami menapak ke arah kiri sampai simpang 4 dan belok kiri lagi. Jalan punya jalan punya jalan akhirnya jumpa Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City hihihihhi.

Plan asal ingat nak beli pin tapi rasa macam tak berbaloi pula dengan harganya. Tapi kalau buat collector ianya memang berbaloi. Lawa, macam-macam jenis ada.










Dan bergambar kat sini macam satu kepuasan hahahha.

Kat sini la aku fikir nak beli pin ke nak beli tumbler Starbucks. Fikir punya fikir punya fikir akhirnya keputusan dicapai dengan beli tumbler Starbucks Ho Chi Minh City hahahha. Yes, berbaloi-baloi. Boleh pakai terus buat bancuh minuman hahahha.

Starbucks dengan Hard Rock Cafe ni satu bangunan je. KUMHO Plaza namanya. tapi dok singgah dua tempat ni je lah.

Siap beli terus seberang jalan terus menuju ke Post Office Ho Chi Minh City. Dalam menuju ke pejabat pos adalah kiri kanan jual buku-buku baru dan 2nd hand. Rasa tenang sangat lalu sana. Rasa macam dalam library. Buku is everywhere. Siap ada yang dalam kabin lagi.




Nampak McD terus pusing kiri. Alamak, cathedral ni tengah renovate macam mana nak ambil gambar aku cakap kat H. Sesampai je depan pejabat pos, rupa-rupanya baik pulih sebelah tepi je cathedral tu, bahagian depan masih ok untuk bergambar hahahha. 



Masuk dalam pejabat pos ni best, kaunter pejabat pos masih lagi buka, tapi yang meriah adalah pengunjung yang nak beli cenderamata cenderahati dan cenderakenangan hahahahhaa.





Aku beli fridge magnet dan badge peta vietnam. Kemudian tangkap gambar kat cathedral lepas tu balik hotel naik GRAB. merasala naik Chevy yang comel lote sebeso kereta kancil tu haaa. Nasib muat masuk stroller. Penat kemainnnnn. Tapi malam hari ketiga ni tidak semeriah hari biasa. Orang berjual pon kurang dan hampir tiada. Tutup awal pulak tu. Ingat dalam kepala hotak aku. Sabtu malam Ahad ada kurenggggg sikit. Jumaat malam Sabtu lain macam ramai meriahnya.

Akhirnya dapat juga aku sambar beg D setelah berfikir 3 hari 2 malam hahahha.
Beli juga la baju-baju wajib tshirt vietnam. 






No comments: