Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 29, 2014

Dapur Gas 2 Penunu Jet SINGER


ROSAK..!!!!!!!

Aku beli dapur untuk masak,
Baru je pakai sekali,
Boleh pula sebelah penununya rosak,
Adehhh sakitnya hati...!!!

Call penjual, dia kata tak boleh ganti sebab dah pakai sebelah. Kena hantar repair. 

Jadi aku nak pakai apa untuk masak..??
Eh2....macam mana H aku nak masak..?????????

Hilang mood aku malam ni wahai SINGER !!!!

Stressss...!!!!

Dahla penat pasang kitchen cabinet sendiri dari maghrib sampai jam 10 lebih baru selesai. 

Chinese New Year punya holiday, technician pon cuti. Makanya pakai sebelah je la. Nak buat macam mana. SINGER kata tak bole ganti atau tukar lain yang baru. 

Last kot aku beli barang SINGER. 

Grrrr...!!!!!!!




Dapur gas SINGER : RM 155
Kitchen cabinet : RM 89
Tong gas petronas : RM 80
Isi LPG : RM 28.50
Kepala & Hos : RM 18.20

Total untuk set dapur aku ini : RM 370.70

Sebulan


Sebulan selepas mendirikan rumah tangga - topik hot.fm 3 hari lepas. Mcm tahu2 ja kami pon ngam-ngam sebulan berkahwin. 

Alam rumah tangga penuh misteri (ayatttt) hahahaa.....

Kehidupan lebih tersusun, makan minum terjaga (wpon kena catu nasikkk), baju bersih berseterika (aku ambil kontrak sidai baju ja hahaa)

Hati lebih tenang. Selalu solat berjemaah. Bangun awal pagi (tu sebab nak g kerja, kalau hari minggu...ke lautttt juga hahaha).

Pagi-pagi sebelum gerak g kerja dapat bekalan sarapan. Almaklumla perjalanan ketempat kerja ambil masa dekat sejam setengh. Kalau jem, berganda-ganda lagi aku lambatnya. 



Balik rumah kompem-kompem dah maghrib, dah malam. Letih bukan kepalang. 

H take over tugas masak memasak untuk dinner hihiii. 




Aku sentiasa menunggu hari minggu. Aku perlukan rehat. Aku penat ulang alik pergi kerja balik kerja. Esok kerja sehari. Lepas tu cuti hari jumaat. Yahoooo. Aku nk rehat secukupnya. 

Happy Chinese New Year guys. 

Sunday, January 26, 2014

Laksa dan Sup Ketam

Hari ini hari ahad, hari ini aku rajin masak2 hahahaa....

Usai solat subuh secara berjemaah...aku dan H merajinkan diri untuk mengeluarkan peluh di taman tun fuad stepehen (kena paksa sebenarnya sebab perut dah x berapa kempis). 

Dapat buat seround je pon...punya panattt hihiii. 

Lepas tu kami pergi ke pasar besar dan pasar filipin untuk beli barang dapur. 

Banyak jugakla kami beli banyak jugakla duit abes hahaha.

Penat abes duit beli barang dapur (seteresss aku) kami p sarapan. Ya la, membazirkan bakar lamak...kenala topap balik muhahahaa.

Selesai sarapan, balik rumah. Maka dengan itu bermulalah transform jadi chef  untuk isteriku hahahaa. 


YesZzaaa....inila hasilnya. Laksa..!!!! Percubaan pertama aku sebenarnya hahaha. Memang pekat aku buat, ikan kembong sekilo kot haahaha. Sampai blender pon x jalan bila letak semua ikan2 tu hihiiiii. Hasilnya aku pon x sangka. Bagi aku sedap la kannn. Hahahaa....janji kenyang. 

Then kami g potong rambut (aku buat style ala2 flat top) dan sambung p jalan2 suria sabah g shoping2. Elok masuk maghrib kami balik rumah. 

X dan aku tuko baju ye, terus main masak2 buat sup ketam 3 ekor hahaa. 


This is itttt...!!!!! Hihiiiiiii. 

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, semoga diri tidak lalai menempuhi hidup ini. 

Good night H

Thursday, January 23, 2014

Assalamualaikum



Coretan Klasik untuk Masa Hadapan