Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 10, 2016

Bonus Tabung Haji 2015

Akhirnya pihak Tabung Haji (TH), telah mengumumkan Bonus Tahunan 5% dan tambahan 3% bagi yang belum menunaikan haji. 


Di war warkan di dalam berita online TH umum bonus 8%. Nampak banyak tapi satu permainan media. 

Tapi bila buka homepage Tabung Haji barulah jelas tentang agihan bonus tahun ini sepertimana tahun lalu.




Bila aku lihat prestasi pemberian bonus. ianya menurun berbanding dengan tahun lalu di mana

Bonus Tahunan = 6.25%
Bonus Haji = 2%

Layman akan cakap 8.25% turun menjadi 8%

Tetapi tidak bagi aku. Aku melihat prestasi pemberian bonus tahunan daripada 6.25% menurun menjadi 5%. Penurunan sebanyak 1.25%

Kenapa...?? Sebab, pemberian bonus tahunan adalah berdasarkan jumlah baki mimima simpanan setiap bulan bagi tahun yang dinilai. Jika RM100K jumlah simpanan minima bulanan makanya dia dapat bonus tahunan RM5000, Kalau RM10K pula dapat RM500

Manakala Bonus Haji pula untuk yuang belum pergi haji macam aku dan terbatas sehingga RM9980 maka dengan itu maksimum seseorang boleh dapat ialah sebanyak RM299.40. Menabung lebih banyak mana pon dapat RM299.40 juga. Meningkat dari tahun lalu yakni sebanyak 1%.

Di sini aku melihat betapa untungnya membuat perkiraan begini kerana kebanyakkan yang sudah memunaikan haji punyai simpanan yang lebih dan belum menunaikan haji masih tidak mencukupi. Andaian aku sahaja la. Namun begitu kalau aku menabung, pulangan yang diberikan hanya 5%. Tetapi perlu diingat bahawa zakat simpanan telah dibayar oleh pihak Tabung Haji. So kira2nya perolehan bonus ialah 7.5% hihiihi...untuk menyedapkan hati aku. 

Jika seseorang menyimpan RM10K beliau akan memperolehi sebanyak RM500+RM299.40=RM799.40

Yang RM100K pulak dapat RM5000+RM299.40=RM5299.40
Kalau dah menunaikan haji, dapat RM5000 sahaja.

Oleh itu marilah menyimpan di Tabung Haji sebagai bekalan untuk mengerjakan Haji di Baitullah...=) Semoga Tabung Haji lebih efisien pada tahun ini dengan mengurangkan kontroversi dan mempertingkatkan lagi prestasi berlandaskan syariat Islam. 


No comments: