Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 28, 2016

SEPETANG DI SIPITANG, SABAH

Alhamdulillah syukur pada Allah buat kali ke-4 berkunjung je Daerah Sipitang.

Kali ini, aku ke sini bersama-sama dengan 2 orang kawan aku. 

Tak lengkap kalau ke sini kalau tak makan Satay/ Sate Sipitang =)

Sebelum ini akau makan di gerai berhampiran dengan Shell (dekat bulatan Masjid Daerah).

Tapi kali ini aku makan di food court berlatar belakangkan Laut China Selatan di kala matahari ingin menamatkan khidmat buat hari itu.


Sampai di food court, pawi terus mencari kedai yang namanya Siga Siga. Dua dari hujung.

Order satay kambing, ayam dengan lembu. Khabar-khabarnya payau (rusa) pon ada. Tapi aku tak faham kenapa aku rasa macam sate nya macam sedap. Cuma kuah kacang kena improve sikit hihihi...=)

Aku perasan, satay dia ni kan, dalam secucuk ada 3 ketul, ada isi daging, daging dengan tendon, dan tendon...=) lepas tu agak juicy. tu yang buat sedap tu kikikikiiiii.


Nampak tak signboard Siga-Siga tu..?? haaa...gerai sate yang ada jual sayap bakar tu =)

Aku juga ambil kesempatan untuk ke jeti.

feeling macam naik jeti bagan datoh dulu-dulu hahha...=)

Macam-macam aktiviti ada. Memancing, sambut birthday dan merenung masa depan seluas lautan.






Aku perasan kat sini ada 2 jeti dan 1 esplanade.

Aku g tengok jeti yang oldskul ni...jeti yang satu lagi tu agak proper sikit rupanya.

Kunjungan kali ini bukan musim durian.

Sipitang juga terkenal dengan Durian. Kalau masa musim durian, penuh gerai depan petronas tu orang berjual. Tapi ikut rezeki juga ya. Aku ngan H beli durian kat sini aritu, muda lagi beb...rugi ooooo...bila aku cakap kat makcik tu, makcik tu buat nehi pulak..aku mengharapkan dia tukar tapi harammmmm....walhal aku makan kat situ kot hahahah....semoga rezeki makcik melimpah ruah lepas ni...=)


No comments: