Bangun pagi hari ni terus solat subuh, siap siapkan anak-anak. Terus turun dari hotel kali ini dengan hati keringnya menuju ke Coop Mart Nguyen Dhien. Dengan berpandukan google map kira-kira 1.5km dari An Tam Hotel. Redah dengan senyuman. Lalu belakang Ben Thanh Market, jumpa Restoren Kampung Melayu dan Restoren Serai. Lalu tepi Indipendance Palace, jalan depan sikit jumpa War Remnant Museum sebelah kiri, sampai simpang belok kanan, jalan sikit terus jumpa. Sekali belum buka da. 7.30 am baru buka. Maka dengan itu aku merasmikan Coop Mart hari ini dengan menjadi customer pertama untuk hari ini.
Beli sos cili, kicap, sos scira dan coklat M&M. Yang paling penting adalah kopi vietnam hihi. Best pergi sini tempat orang ho chi minh berbelanja. Murah banyak berbanding tempat lain.ye la kan, tourist attraction comfirm letak harga di luar imaginasi. Oh ya kicap sos tu brand Cholimex ada logo halal.
Bali ke hotel naik Grab. Naik Kia Rio. 25.000d. Sampai hotel simpan barang then turun semula makan sarapan di Restoren ManSur.
For the first time on the last day aku masuk Ben Thanh Market walaupon dari hotel baling batu pon kena Ben Thanh Market tu hahahhaa. Tu la, review yang kurang enak dari blog blog yang aku baca dan dari mulut ke mulut yang aku dengar buat aku rasa malas nak masuk situ. Ya, sama je dengan mana-mana market. Cumanya kat sini ramai betul tourist. Panggil-panggil suruh beli baragan masing-masing. Sekali aku tengok kopi yang aku beli tadi kat Coop Mart yang berharga 43.000d, kat sini berharga 100.000d. Pergh sekali ganda harga dia. Memang nak sembelih orang. So next time pergi sini lagi, beli kopi ala-ala orang tempatan. Memnag kalau pergi War Remnant Museum mesti masukkan Coop Mart sebagai destinasi wajib. 😍
Jalan jalan sebelah belakang BTM kat kedai Rohani Wholesale dan Zai Dah. Adala jual tudung, baju kurung bermanik, telekung dan kain pasang. Cuci mata je la kami sebab abang moody n nangis je kerjanya & girl pula merengek-rengek.
Jalan balik menuju ke hotel singgah kedai kain sebelah Zazana kot nama dia. Beli kain pasang dengan baju kurung cotton untuk kali terakhir. Lepas tu ke Kedai Pakaian Hajah Basiroh untuk bayar beli dan ambil baju melayu untuk Hari Raya Aidilfitri tahun depan insyaAllah hihi...=)
Naik bilik kemas-kemas beg, siap-siap mandi dan solat. Check out.
Makan tengahari di Restoren Mansur. Order pho daging, nasi goreng kampung + telur mata + telur dadar. Air kena power sikit la kan. Air sirap vietnam. Warna hijau ooooo. Macam rasa air pandan manis. Kikiii.
Makan pon macam bullet train. Girl dah nangis teruk. Penat gamaknya. Abang pula sampai 2 kali jatuh kerusi masa makan. Okay ngantuk sangat dah abang ni. Siap makan tengah hari. Masuk sekejap kedai pakaian sebelah Restoren Mansur. Nak beli telekung girl cadangnya tapi tak lawa tak berkenan di hati.
Booking Grab 7 Seater. Dapat Toyota Fortuner. Baru keluar kedai agaknya. Kat nombor plate ada bunga warna kuning terselit hihihiii. Kena 124.000d tapi kena minta 130.000d sebab charge masuk airport katanya. Sebagai bekas pemandu e hailing tak boleh collect extra charge dari rider sebab harga diberi dah all in dengan entry fee. Tapi bila ingat balik dia ambil lebih 6000d. Lebih kurang seringgit. Owh ok la.
Check in Counter bagi MAS ada di kawasan tengah. Beratur la aku. Timbang beg, sekali 70kg. Ehhhini sesuatu yang merugikan bila mana aku sefamily dapat 100kg hahahaa. Kena patah balik belakang sambung shopping rasanya dalam hati hahahaha.
Masa nak lepas kastam ok la, beratur agak lama. Ramai orang. Masa nak masuk lalu pemeriksaan polis bantuan airport tu aku hangin sikit kat abang. Dia tak nak turun dari stroller. Dia takut kat PB vietnam tuh. Alahaiiii. Dah satu drama anak dan bapak secara live. Semua mata tengok kat aku haaa. H dah lepas kat depan dengan girl.
Habis drama terus ke pintu pelepasan. Kat sini barangan dia agak mahal. Tanda harga semua dalam USD. Cissss. Air Mineral 500ml tu pon dijual 2USD yang lain apatah lagi.
Ada delay sikit tapi hati dah senang nak balik Malaysia hihiii. Dapat naik flight MAS yang lama. In flight entertainment tiada. Sempat juga aku ke belakang masa nak pergi toilet nampak kitchen yang agak oldschool. Chewahhh. Tapi service tetap terbaik oleh peramugari/a.
Sampai Malaysia 7.50pm. Gerak dari KLIA ambil kereta terus balik rumah manis rumah. Masuk beg beg dalam rumah, mandi terus tidur. Perghhh letih. Bangun-bangun azan subuh. Lena betul aku tidur. Abang lagi best sampai ponteng sekolah. 'Pinat, nak tidur',katanya. Hihii
Alhamdulillah perjalanan ini dilindungi oleh Allah. Tiada sebarang perkara buruk seperti pencopet dan lain-lain. Pertama kali berempat bercuti di luar negara. Penuh cabaran dalam mengurus anak-anak. Alhamdulillah segalanya ok. Untuk abang. Papa minta maaf banyak-banyak. Papa selalu marah-marah abang. Papa penat. Errmmm. Ampunkan dosaku ya Alllah. Sesungguhnya aku mengerti dan tahu mereka berdua amanahmu namun aku tidakla sempurna tapi cuba untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.
Next family trip?
=)

1 comment:
Nice article and I felt very happy after read this content.
Kurta Pyjamas For Boys
Post a Comment