Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 14, 2015

Petrosains Sabah

Hari Ahad yang lalu aku, H dan KA ke Perpustakaan Negeri Sabah.

1st time datang sini padahal rumah kat KK hahahaha

Aku ngan H dapat tahu Petrosains ada buat event berkaitan kesihatan dan kami pon sajalah nak datang nak tengok apa yang ada.

Sampai kat Perpustakaan Negeri aku ngan H masuk dalam Petrosains dan keluar semula sebab aktiviti mula jam 10.00 pagi.

Makanya, aku ngan H bawa KA naik tingkat atas perpustakaan ini. Bawa KA mengenal buku dan bahan bacaan. KA kan nak jadi dentist hihiiiiii

Antara aktiviti yang djalankan ialah buat tanah liat/ playdoh/ plastisin sendiri DIY hihihiii

Antara bahan diperlukan ialah:

Tepung + Air + Minyak masak + Pewarna makanan

1st, ajar anak2 kombinasi warna primer menjadi warna sekunder dan pilih warna yang anak-anak mahu. Masukkan tepung, air dan minyak dalam bekas, uli sampai separuh teruli, masukkan warna, uli sampai jadi tanah liat hihihiiiii

Bagus aktiviti ini dapat merangsang minda, sains dan juga kasih sayang.

Aktiviti kedua, buat sesuatu yg menarik dari buah dan sayur yg dibekalkan. Yg ni biasa-biasa ja, tak tengok sampai habis sebab LAPARRRRRR hahhahaha.




Petrosains Sabah ini dibuka pada tahun 2012 hahahaha, apadaaaa rumah kat KK pon tak tahu ada Petrosains kat sini hihiii...ingatkan ada kat KLCC je ekekeke

No comments: