Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 28, 2014

24 April 2014


Tanggal tarikh di atas. Aku dan H menuju ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas. 

Awal pagi aku dan H telah bangun menyiapkan diri. 

Aki dan H ke kaunter pendaftaran. Kena cop percuma sebab kali pertama datang. Next time bawa GL. kalau x, update HRMIS. Hospital akan print out kan. I dont think so. It should be masa daftar aritu, dia dah check duluan. 


Masuk ke Klinik O&G, diterima dengan muka emosi Jururawat di kaunter. Penat la kot. Senyum pon tidak. 

Dapat nombor giliran yang buat sendiri dengan marker pen dan dipotong on the spot itu, H ke bahagian belakang sekali untuk pemeriksaan air kencing dan timbang berat badan


Selesai semua, H kena buka fail sebab pertama kali datang membuat pemeriksaan. Sekali dieorg kenal da H. Maybe anggota kejururawatan di kaunter tadi tu tak kenal H. Tapi kalau tak kenal pon senyum baaa. Senyum x kena bayaran pon. Senyum itu juga sedekah. 


Setelah pemeriksaan dilakukan, H memaklumkan kepada aku yg both twins aku tiada fetal heart. Ok, aku kontrol ensem dan macho sedangkan jauh dalam lubuk hati aku...aku sangat sedih. 

Takpala, ada rezeki tu, adalah...just tunggu next appointment untuk comfirmation. Kata aku kepada H dan diri aku sendiri secara tidak lamgsung

Aku berharap agar dengan kuasa Allah, anak dalam kandungan H masih kuat bertahan dalam rahim ibunya. InsyaAllah. 

Semoga next appointment memberikan khabar gembira buat kami berdua. InsyaAllah. 

Sunday, April 27, 2014

Panasonic Vacuum Cleaner MC-CL431 (Blue Purple) - RM17.00



Alhamdulillahhhhh

Hari ini p jalan-jalan di 1 Borneo. Tetiba tersinggah pula kat Sen Q. 

Tetiba tertanya kalau nak redeam TreatsPoints Maybank macam mana. 

Ok, kad kredit diberi kepada pekerja untuk disemak berapa points yang terkumpul

Ok, aku memiliki points yang bernilai RM293.00

Memang dah target nak beli vacuum cleaner. Ok, pergi pilih kat showroom. Ada dua berkenan di hati. Panasonic dan Electrolux. 

Bertanya dengan pekerja Sen Q. Memberi cadangan untuk memilih Panasonic atas sebab moto yang tahan lama. Dari pandangan aku sebab berjenama hahahaha. 

Pergi check dulu vacuum cleaner dan membuat pembayaran:

Harga sebenar vacuum cleaner: RM299.00
RW: RM11.00 (tukar satu dengan saru kalau ada rosak - macam insurans la)
Total: RM310.00

Pembayaran melalui penolakan TreatsPoints Maybank : RM293.00

Jumlah tunai yang dibayar ialah: RM17.00

Yaaaaaa...!!!!!!!

TUJUH BELAS RINGGIT SAHAJA..!!!!!!!! 

Hihiiiiiiiiii

Wednesday, April 23, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 9 - Venice Guesthouse

Sebuah guesthouse yang dekat dengan keretapi stasiun bandung dan murah. 

Dengan RM54.42 aku ngan H stay di sini. Sebabnya ialah
1) dekat ngan stasiun bandung. Yela aku sampai malam kan. Jadi pilih yang dekat-dekat je
2) dekat ngan Pasar Baru..!!!! 

Memang tujuan duduk di guesthouse ini adalah disebabkan oleh sebab yang ke-2 hahahaa. 

Dari stasiun bandung cari pintu yang Roti O berada di luar dan bukan berada di kawasan landasan keretapi. Pintu utara maybe. Jalan kaki ke luar. Sampai ke pintu luar dekat booth tiket parkir kereta tu. Belok kanan. Straight sampai jumpa Kenangan Hotel. Guesthouse ini terletak di sebelah Kenangan Hotel yang terkenal dikalangan orang Malaysia ya. 


Kelako aku tengok aircond ni. Ada ka tembak ke tv ngan dinding...tembak ke katil baru betul hahaha


Ada sinki ya dalam bilik


Ok, aku dapat bilik yang tidak senonoh. Dapat bilik pintunya ditutup dengan kertas mahjong warna hitam tu. Tingkap ditutup dengan langsir. Hampa jangan cari pasai nak buat projek aaaaa. Bodo-bodo ja orang tengok bayang-bayang ampa nanti haahha. 

Bilik aku je yang macam ni. Bilik lain aku tengok sempurna ja pon. Maybe last minute booking la kot kan. Tapi takpala. Janji bilik ada private bathroom. 



Landmark adalah aston swiss belhotel dan Kenangan Hotel





Tuesday, April 22, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 8 - Mangga Dua, Ancol dan Tanah Abang


Dari hotel aku ke Mangga Dua berjalan kaki bersama-sama isteri tercinta hihi. 

Sampai di Mangga Dua aku kompius sekejap. Banyak gila bangunan yg guna 'Mangga Dua'. Setelah bertanya dengan orang, semua orang cakap ITC paling best. Maka kami pon pergila sana. 

Sampai kat ITC Mangga Dua, aku ngan H pergi satu kedai ni dan H berminat kat baju ni 


Bila tanya harga, orang kedai cakap enam lima. H pon berminat ngan baju ni. Setelah proses menawar dapat la IDR55k. Elok nak bayar orang kedai cakap 11 keping 50k. Ok aku dah rasa fishy. Sekali dia cakap IDR550k. Ok aku rasa aku ditipu sebab baju bodoh macam tu boleh harga  RM165. 

Terus aku kata x nak beli..!!! Orang kefai cakap, mana boleh macam tu. Dah minta kurang...iskkkk. Ko yang cakap x jelas kan. Aku ingat harga dia RM16.50. Logik sebab baju tu sangat tidak berkualiti. 

Lepas kejadian tu, aku ngan H lebih berhati-hati kalau nak beli barang. Memang kami sebut betul-betul nilainya.

ITC ni berada di sebelah kanan dan Mangga Dua Mall sebelah kiri. Pasar Pagi Mangga Dua berada di sebelah ITC Mangga Dua. Bersambung. 

Saiz orang sini sangat kecil ya. Aku yg saiz XL ni kena beli baju saiz 5XL baru muat ya. Yaiiii...!!!!!!

Aku bawa baju 2 helai ja sebab malas nak bawa barang berat-berat dari Malaysia. Beli sahaja baju baru. Bagi aku ok sangat sebab harga baju pon murah. Tapi...!!! Sangat susah cari saiz aku. Hahahaha. 

Keesokkan harinya, aku ke Ancol. Sangat dekat dengan kawasan Mangga Dua. Ancol ini ada DuFan yakni Dunia Fantasi. Ala-ala Universal Studio Singapore hihiii. 

Masuk ancol ni kena bayar ya. Aku bayar sebanyak IDR40k. Kat sini ada pantai juga. 

Aku ke sini naik teksi bluebird. Selepas ke Ancol, kami ke Tanah Abang. Amek hang. Kena bayar teksi IDR 180k

Ada 3 blok. Blok A,B dan F dari pemerhatian aku. 

Sempat aku ngan H makan di tingakat 6 blok B x silap aku. 

Makan gurame. Yummihhhhh. 


Kami tidak membeli sangat sebab majoriti penjual jual secara borong di Blok A. Pergi blok B pon macam biasa-biasa saja. G blok F aku lemas haahaha. 

Selesai jalan-jalan, ambil teksi bluebird IDR34k gerak ke stasiun gambir dan balik semula ke bandung dengan agro parahyangan. Kali ni tiket ada murah sikit. Dapat harga IDR90k/pax

Next time kalau diizinkan Allah. Aku nak pergi sekali lagi ke jakarta untuk ke Dufan, Taman Mini Indonesia dan Taman Safari Bogor. 

Sunday, April 20, 2014

Kamera Digital Sony Cybershot Pink aku hilang...!!!


Kamera kesayangan aku yang cantik warna merah jambu alias pink itu telah hilang

Aku berasa sedih sekali

Aku satukan dengan bag yang aku checked in dengan menggunakan perkhidmatan MALINDO AIR, OD 1002, 20 April 2014, 0745, TUJUAN KUALA LUMPUR KE KOTA KINABALU

Setelah usaha dilakukan dengan menghubungi Customer Service KLIA, Customer Service Malindo Air ( +60 3 7841 5388
) Lost and Found Malindo Air KLIA ( 010 794 2771
) dan Lost and Found Malindo Air KKIA Terminal 1 (088 413 551) menemui kegagalan...!!!!!!!!

Aku x tahu kat mana ianya boleh hilang bermula dari kaunteR check in, atas conveyor belt ke depot beg, loading ke kapal di klia sepang dan unloading dan atas conveyor belt di kkia. 

Aku berharap ianya dapat bertemu kembali. Dalamnya ada beribu gambar dan video babymoon aku ke Bandung dan Jakarta huhuuu. 

Mohon hubungi aku di kedainadzil@gmail.com

MALINDO OH MALINDO...!!!!!!

Thursday, April 17, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 7 - Pelan Prabayar Tri 3


Selesai uruaan check in plaza hotel mangga dua, aku ngan H pergi ke Kompleks Elektronik betul-betul depan plaza hotel. Landmark dia adalah Bangi Kopitiam. 

Setelah pelbagai penjelasan oleh penjual telefon tu. Aku memilih jasa (perkhidmatan) TRI @ 3. IDR83 000. 2 GB kuota internat + pulsa IDR10 00 + IDR3000 servis charge phuiiii..!!!!

Perkhidmatan semua ok. Di jakarta, bandung, kawah putih, tangkuban perahu adalah 3G. Air panas Seri Ater je E. 

Owh ya, semasa aku blk dari kawah putih aku ngan H singgah makan di papito resto. Cissssss...!!!! Dia jual kartu perdana tri IDR30 000 sahaja. KENA TIPU LAGIIIII..!!!!!! Adeiyhhhhhhh. Hahhahahaha....

Aku perhatikan penjual di sini menjual barangan tanpa meletakkan tanda harga. Lebih kepada harga mulut. Tengok gaya dan cakap orang luar.  Terus letak harga tinggi.

Next time kalau aku datang sini lagi, aku nak beli barang kat kedai yg ada tanda harga je la. At least kalau kena tipu puas hati jugak la. 

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 6 - Plaza Hotel Mangga Dua


Lokasi hotel yang strategik dan murah menjadi pilihan aku. 

Ianya berada di tengah-tengah antara WTC Mangga Dua dan Mangga Dua Square di sebalah kanan hotel manakala ITC Mangga Dua, Pasar Pagi dan Mangga Dua Mall terletak di sebelah kiri jika menghadap jalan utama di dalam kawasan  Kompleks Harco

Aku ngan H gerak ke ITC Mangga Dua jalan kaki ja. Boleh la sesiapa naik Ojek atau Taksi yang stesennya berdekatan dengan hotel juga. 




Boleh pergi Ancol juga. Dekat dengan menaiki taksi. Hihiii

Sehari hotel ni aku dapat RM64.43 with breakfast. Early check in juga dibenarkan.  


Wednesday, April 16, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 5 - Monas, Masjid Istiqlal dan Gereja


Tiba sahaja di Stasiun Gambir jakarta, berpusu-pusu porter angkat barang masuk dalam KA (kereta api). 

Sesak sekejap haha

Aku ngan H turun dari KA dan menuju ke pintu keluar dan terus ke 7Eleven. Tujuan untuk beli sim kad. Dia offer simkad simPATI berharga IDR3500 ikut yang di punch kat mesin kasyir tu. Terdiam sekejap. Kat airport, orang supir tu nak tolak 35 000. Kalau betul la kan. Memang rugila aku beli kat airport. Aku x jadi beli sebab dia suruh aku potong sim kad sendiri jadi nano haha. Malas aku..!!!

Aku keluar pintu selatan. Agak jauh untuk ke MONAS. Jadi, next time, pasti ikut pintu utara untuk keluar. Sekat sikit. 

Aku ngan H jalan kaki untuk ke Monas. Dekat sahaja Monas ngan Stasiun Gambir tapi pintu pagar Monas tu jauh gila hahaa. 

Aku ngan H jalan menuju pintu masuk parking kereta yang ada palang automatik tu. Pintu masuk ke Monas ada di situ. So dari situ bileh jalan kaki sahaja sampai ke Monas. 

Mem'foto' sekejap dan kami ke Masjid Istiqlal dan Gereja. Dari Monas, kami menuju pintu yang dekat dengan Bangunan Pertamina. Keluar sahaja pintu tu nampak banyak kedai makan.

Tetiba nampak OJEK. Pengangkutan awam roda 3 menggunakan motosikal. Nak merasakan. Kami pon naiklah. Bila tanya harga, dia bilang 25. So aku ngan H pon naik. Dekat je pon Masjid tu. Sampai sahaja di masjid aku pon keluarkan duit IDR2500. Sekali dia cakap IDR25 000. Dekat je pon kan. Tu yang aku ingat dia bilang IDR2500 tu, aku ok je. Ok, aku telah di tipu. Kenapa..??

Selesai ambil foto di Masjid Istiqlal (katanya terbesar di asia tenggara) dan Gereja (berhadapan dengan masjid) aku ngan H pergi ke Plaza Hotel Mangga Dua menaiki Taksi Bluebird dengan tambangnya IDR28 000. Dahla jauh, jam lagi ada aircond. Boleh sembang-sembang ngan taxi driver --> puas hati. Ojek..?? Kalu niat ko nak tipu aku, kurang berkat ko cari rezeki...!!!! Ok, H kata anggap sedekah je la huhuuu

Kat Masjid ni ada barisan jualan makanan, baju kopiah, buku dan lain-lain. H beli ala-ala ABC durian. Sedap katanya. Aku rasa macam pelik sebab makan durian ngan ais hahaha. Sejuk. 

Banyak budak minta sedekah kat sini. Mula-mula datang seorang. Sekali datang ramai-ramai. Ok, aku rimas huhu. 

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 4 - Dari Bandung Ke Jakarta


Alhamudillah, seperti yang dirancang, awal kami bangun sebab telah minta pak didi hantar kami ke Stasiun Bandung. 

Pak didi awal lagi tunggu kami di luar bilik. Janjinya 6.30am, dia datang awal lagi dari itu haha. 

Pak didi hantar kami sehingga ke loket beli tiket. Setelah selesai beli tiket kereta api IDR100 000/pax, salam-salam sengan pak didi, kami pergi ke kedai serbaneka untuk beli sim kad tapi semua enggak jual. Pak didi ambil upah IDR50 000. 

Beli sebiji bun Roti O beharga IDR8 000

Masuk ke pintu pemeriksaan. Tiket dan passport diperiksa. 


Pergi platform yang ada tulis Agro Parahyangan. Tapi aku selamber jer tanya kat cewek yang berada kat landasan dan beruniform ala-ala kerja pejabat. 

Cari tempat duduk pon aku tanya cowok yang ada kat atas kereta api tuh. 

Aku beli tiket Eksekutif haha. 

Kalau kat tiket dia tulis Eksekutif 3/ 3A bererti, gerabak eksekutif nombor tiga, tempat duduk 3A


Dalam kereta api ada soket elektrik. Sila charge apa-apa yang patut


Seperti di dalam kapal terbang air asia, kereta api ini juga ada menyediakan makan dan minum. Nanti ada orang tanya-tanya nak makan apa. 

Aku makan nasi timbel, H makan nasi rawon dan pesan air kopi susu panas. Mahal jugakla hahaa IDR65 000. 

Perjalanan sejauh 173km dari bandung ke jakarta dengan beberapa persinggahan ambil masa 3 jam setengah. Tapi dari research aku di internet. Dieorg bilang 3 jam. Ok, maybe kalau express tak singgah-singgah 3 jam la kot. 

Tips: kalau hendak ke terus ke Mangga Dua, beli tiket Bandung - Jakarta Kota, tapi kalau langsung ke Tanah Abang, beli tiket Bandung - Gambir. 

Aku beli Bandung - Gambir sebab aku tengok semua blogger berhenti kat Gambir hahaahaa. Jauh juga nak ke Mangga Dua tu dari stasiun gambir (stesen keretapi gambir) naik taksi. 

Monday, April 14, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 3 - Kedai Rumah Nyonya



Nasi goreng nyonya rumah: IDR30 500


Nasi campir KRN: IDR38 000


Marquisa orange punch: IDR 17 000
Sirsak juice (durian belanda): IDR 16 500

Quite expensive for me. 

Total price service and tax charge included: IDR 128 250

Rasa terubat sikit sebab semua food sedap air pon best. Tempat yang eksekutif. Di kala rata-rata kedai tutup, nak tak nak, memang kena masuk makan juga. Lapar..!!! Hahaa. 

Jalan kaki sahaja dari Amura Guest House. 

Sunday, April 13, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 2 - Amura Guest House, Bandung

Punya pusing pusing dan pusing akhirnya jumpa juga Buminanienie Family Guest House. 

Almaklumla la kan, carian pada waktu malam adalah yang menggagalkan haha. Enggak nampak pak..!!!

Berjumpa dengan pekerja di situ, rupa-rupanya bilik aku telah dipindahkan ke guest house yang lain. Maybe full house fully booked kali.

Oklah, aku pon menapak dari Buminanienie Family Guest House ke Amura Guest House. X terasa sangat berjalan sebab menuruni jalan bukit. 





Standard room with private bathroom: RM46.09 untuk satu malam tanpa sarapan pagi. Book melalui agoda. Harapan aku agar H selesa. Cumanya tiada WIFI. Zaman serba canggih sepatutnya perlu ada ba kan. 

Jimatkan aku haha...trip kali ini memang sangat bajet. Minimakan di penginapan, maksimakan di toko pakaian hahaa. 

Guest house ini selesa cumanya aku kompius. Ada hiasan islamik adan juga yang gambar-gambar perempuan naked tu. Ada model kereta api beso. Ada anjing putih yang cute dan burung-burung hiasan yang cantik. Burung cenderawasih pon banyak ekor dalam rumah. Tapi dah keras la kan hihi. 

Recomended utk budget traveller macam aku. Asal ada tempat boleh tidur, ada tandas kencing berak, aku takda hal. Yang penting private bathroom. Kesian H kalau shared. 

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 1 - Dari Kota Kinabalu ke Kota Bandung


Jika dulu aku pernah buat dua kali merentasi laut china selatan ke semenanjung dan terus melalui langit di atas selat melaka untuk ke Langkawi, Kedah. 

Kali ini, aku membuat sekali lagi sejarah yakni merentasi lautan luas ke Kuala Lumpur dan lajak ke Bandung. Seawal jam 7.30am dari rumah menuju ke Terminal 2, KKIA dan ke Kuala Lumpur menaiki pesawat AK5111 dan sampai sekitar jam 12 tengahari. 

Sampai sahaja, di LCCT, terus aku ajak H pergi uruskan Boarding Pass untuk ke Bandung kerana sebelum berlepas di KKIA, aku ada buat penambahan bagasi. 

Selesai sahaja berurusan dengan brader di kaunter R36 yang sangat efisien. Aku ngan H ke food court sebab dah lapar sangat-sangat dah ni. 

Dalam pada itu senpat juga H menyinggah beli jeruk buah. Dia ambil, aku yang bayar. Hahaha. =)


Tengah melepak-lepak di food court aku gatal tangan p text member sekolah dulu2. Sekali dia ajak makan kat luar..!!! Yessss. Aku dahla xda kenderaan kan. Sekali dia datang jemput aku ngan H kat LCCT. kami p makan kat area nilai. 

Usai makan, kami balik ke LCCT dan menunggu di surau sampai jam 5pm dan terus masuk Boarding Hall. 

Jam 7.15 waktu atas boarding pass berlepas, tapi faham-faham la kan hihi. Pesawat QZ170 selamat berlepas dan selamat mendarat pada jam 8.20pm waktu Indonesia (lewat sejam dari waktu malaysia). 


Selesai urusan immigration aku keluar dari bandara (lapangan terbang/airport). Ada blogger cakap, taksi (teksi/taxi) Bluebird ada di sebelah kanan. Aku pon p cari ngan H ke sebelah kanan. Sekali enggak (tidak/not) jumpa. 

Aku pon pergi ke booth yang 'asal ada' di depan pintu masuk bandara sebab ada tulis taksi. Aku ingatkan itula bluebird. Rupa-rupanya salah daaa..!!! Itu supir bawa kereta semdiri pula. Ala-ala piret (kereta sapu) di sabah. 

Keluar dari bandara aku bengkek je kan. Sekali ada Hub Bluebird sebelah kiri bandara. Kiranya macam ni. Keluar ja dari pintu selepas check immigresen bandara, turun tangga dua tiga tingkat tu ke arah jalan raya. Paling ke arah kiri nampak Booth tol kutip duit parking. Hub bluebird tu ada selepas booth tersebut. Ciskek betulllll. Aku dah agak da kan. Kompem kena tekannya aku. Aku di minta untuk membayar sebanyak IDR50 000. Dalam hati aku, kalau aku baik Bluebird maybe less than that. Tapi aku kena ingat juga, aku sampai malam. So ada extra charge maybe. Xpelakannn. So lepas ni tahu suda. 

Kat luar tu ada orang taksi cuba tarik pelanggan dan jual simkad. Dia nak tolak kat aku simkad simPATI IDR50 000. Tapi, aku tak beli sebab ingat nak beli kat kedai handphone. Ya, sangat tepat sekali, kalau aku beli, mcm mana aku nak masukkan ke dalam iphone5 aku. Kecik simkadnya. (Takut kena kencing pon satu jugak hahahaha)

Terus naik avanza ke jalan riau menuju rumah penginapan. Dalam perjalanan sempat juga aku tengok bangunan dan aksi jalan raya di Bandung. Cool...!!! hahahaa. 




Thursday, April 10, 2014

1st Appointments

Hari ini H pergi ke klinik untuk mendapat pemeriksaan kandungan dengan pegawai perubatan. 

Bila aku tanya, dah selesai ke belum. Dia kata belum. Dr suruh H minum air sebab katanya tak nampak kandungan. 

Ok, aku cuak..!!!

Then, H sent gambar case note. 

Ya Allah.... H sedang mengandung anak kami. Ya anak kami...dan ianya adalah twins. 

TWINS...!!!

Shocked..!!!

Tapiiiii....2nd twins tiada fetal heartbeat

Ya Allah, aku mohon padamu agar kedua-dua twins aku sihat walafiat. Masih awal lagi umur kandungan. Harapanku agar kedua-dua twins aku mampu untuk survive dalam kandungan H dengan izinNYA. 

H akan jumpa specialist O&G untuk further investigation

H, saya tahu awk kuat. I love u so much syg. 

My dear twins, be strong...!!!

Allah sentiasa bersama kita semua. 

Next appointment, aku kena ikut..!!!