Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 13, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 1 - Dari Kota Kinabalu ke Kota Bandung


Jika dulu aku pernah buat dua kali merentasi laut china selatan ke semenanjung dan terus melalui langit di atas selat melaka untuk ke Langkawi, Kedah. 

Kali ini, aku membuat sekali lagi sejarah yakni merentasi lautan luas ke Kuala Lumpur dan lajak ke Bandung. Seawal jam 7.30am dari rumah menuju ke Terminal 2, KKIA dan ke Kuala Lumpur menaiki pesawat AK5111 dan sampai sekitar jam 12 tengahari. 

Sampai sahaja, di LCCT, terus aku ajak H pergi uruskan Boarding Pass untuk ke Bandung kerana sebelum berlepas di KKIA, aku ada buat penambahan bagasi. 

Selesai sahaja berurusan dengan brader di kaunter R36 yang sangat efisien. Aku ngan H ke food court sebab dah lapar sangat-sangat dah ni. 

Dalam pada itu senpat juga H menyinggah beli jeruk buah. Dia ambil, aku yang bayar. Hahaha. =)


Tengah melepak-lepak di food court aku gatal tangan p text member sekolah dulu2. Sekali dia ajak makan kat luar..!!! Yessss. Aku dahla xda kenderaan kan. Sekali dia datang jemput aku ngan H kat LCCT. kami p makan kat area nilai. 

Usai makan, kami balik ke LCCT dan menunggu di surau sampai jam 5pm dan terus masuk Boarding Hall. 

Jam 7.15 waktu atas boarding pass berlepas, tapi faham-faham la kan hihi. Pesawat QZ170 selamat berlepas dan selamat mendarat pada jam 8.20pm waktu Indonesia (lewat sejam dari waktu malaysia). 


Selesai urusan immigration aku keluar dari bandara (lapangan terbang/airport). Ada blogger cakap, taksi (teksi/taxi) Bluebird ada di sebelah kanan. Aku pon p cari ngan H ke sebelah kanan. Sekali enggak (tidak/not) jumpa. 

Aku pon pergi ke booth yang 'asal ada' di depan pintu masuk bandara sebab ada tulis taksi. Aku ingatkan itula bluebird. Rupa-rupanya salah daaa..!!! Itu supir bawa kereta semdiri pula. Ala-ala piret (kereta sapu) di sabah. 

Keluar dari bandara aku bengkek je kan. Sekali ada Hub Bluebird sebelah kiri bandara. Kiranya macam ni. Keluar ja dari pintu selepas check immigresen bandara, turun tangga dua tiga tingkat tu ke arah jalan raya. Paling ke arah kiri nampak Booth tol kutip duit parking. Hub bluebird tu ada selepas booth tersebut. Ciskek betulllll. Aku dah agak da kan. Kompem kena tekannya aku. Aku di minta untuk membayar sebanyak IDR50 000. Dalam hati aku, kalau aku baik Bluebird maybe less than that. Tapi aku kena ingat juga, aku sampai malam. So ada extra charge maybe. Xpelakannn. So lepas ni tahu suda. 

Kat luar tu ada orang taksi cuba tarik pelanggan dan jual simkad. Dia nak tolak kat aku simkad simPATI IDR50 000. Tapi, aku tak beli sebab ingat nak beli kat kedai handphone. Ya, sangat tepat sekali, kalau aku beli, mcm mana aku nak masukkan ke dalam iphone5 aku. Kecik simkadnya. (Takut kena kencing pon satu jugak hahahaha)

Terus naik avanza ke jalan riau menuju rumah penginapan. Dalam perjalanan sempat juga aku tengok bangunan dan aksi jalan raya di Bandung. Cool...!!! hahahaa. 




No comments: