Search This Blog
Friday, February 28, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Udang Galah Udang Besar, Kenyang Makan Gelak Besar
Hihiiiii....
Syukur pada Allah ahad lepas aku dan H pergi ke pasar ikan dan bersyukur dapat beli udang galah dan udang besar masing- masing sekilo dengan nilai harga RM20.00. Murah kannn... Hihiii =)
Dan hasilnya, ahad lepas kami makan udang galah masak lemak. Enak.
Close up sikittttt
Dannnnnn
Malam semalam, H masak udang masak sambal. Ya, favourite aku haha.
So, dengan ini aku mengisytiharkan H sangat pandai masak udang kuah sambal. Sangat sedap. Lazat. Tapi apa kan daya, trick H untuk tidak bagi aku makan banyak berjaya. Dia masak nasi sedikit ja. Cukup aku tambah sepinggan sorang-sorang hahaa.
Next time aku nak beli udang lagi la. Bila la aku nak kena pergi beluran lagi ni kan hihii.
=============================
Info:
BELURAN. Terkenal dengan Udang Galah
Saturday, February 22, 2014
Kembara Miri, Sarawak - Day 3 - Makan di Warung Puteri dan SajianWarisan
Alhamdulillah selamat sampai di hotel lebih kurang pukul 3.00 petang kami check in semula sebab aku dan H tukar bilik dari deluxe room ke superior twin. Jimat kos haha.
Siap masukkan beg dan barang-barang ke dalam bilik, aku dan H pergi Warung Puteri untuk makan tengahari
Aku order laksa sarawak dan neslo panas.
manakala H order mee kolok dan air 3 masam again haha. Sedap katanya
Selesai makan dan bayar RM 12.40 kepada cashier kami menapak ke Sarawak Handicraft yang terletak tidak jauh dari hotel ini. Macam biasa, baju, fridge magnet, barang hiasan, bubu dan lain-lain lagi. Mahal juga la haha.
Selesai jalan-jalan di sini, kami pulang semula ke hotel untuk berehat
Malamnya, Kak Yus dan Suami memjemput kami di hotel untuk makan malam bersama. Kami makan di Sajian Warisan juga tidak jauh dari hotel. Jalan kaki pon boleh sampai hihi. Memang strategik hotel yang kami tinggal ni.
Makanan dalam menu banyak sangat. Bingung sekejap jadinya haha
Makan ikan siakan masak sambal nyonya, tomyam campur, telur dadar dannnnnnnn midin belacan
Midin belacan ni aku yang order sebab aku teringin nak makan. 3 kali aku g kuching akhirnya dapat rasa juga di Miri haha.
Haaaaa....ini memang tertarik menarik kau memang the bomb hahaa. Chelsea tuuuuu. Sekaliii....dengan cutenya H order air ni hahaa. Aku order air jus dragon fruit. Thanks suami Kak Yus belanja kami makan hihi.
Selesai makan, Kak Yus dan suami hantar kami semula ke hotel. Sampai bilik kemas-kemas barang sebab esoknya plan nak bangun awal sebab nak menapak ke Tamu Muhibbah. Terus study peta macam mana nak ke situ. Receptionist hotel cakap dekat sahaja. Jalan kaki pon sampai. Ok, kami sahut cabaran anda haha.
Labels:
Food,
Food Hunter,
Jalan-Jalan Cari Makan,
Local Cuisine,
Miri,
Travel,
Vacation
Kembara Miri, Sarawak - Day 3 - Taman Negara Niah / Niah National Park
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Akhirnya sampai juga aku di Gua Niah. Sebelum ini tahu dan nampak di buku teks Geografi je kan haha
Awal juga aku bangun sebab janji dengan kawan H (kawan di universiti dulu), pukul 6.30 pagi dah nak gerak ke Gua Niah naik kereta dia. Sebab tu aku sewa kereta sehari ja hihi
Agak jauh perjalanan ke gua niah. H siap tidur-tidur lagi kan
Ada blogger cakap 90km dari bandaraya Miri
Sampai di sini kena mendaftar dan bayar tiket masuk taman negara RM 10.00 seorang
Design tiket dia sama ja dengan tiket nak masuk Taman Negara Lambir Hill
Lepas mendaftar kita perlu menuju ke kaunter pemeriksaan tiket, tiket tadi akan kena cop.
Sesiapa yang terlupa bawa lampu suluh boleh sewa di sini ya. RM 5.00 seketul
Jadi, dari jeti di kaunter tadi kita perlu untuk menyeberangi sungai tersebut. Dekat je pon. Tambang bot sorang RM 1.00 sehala.
Masa kami sampai hujan turun. Licin betul masa nak turun dari jeti ke pelantar nak naik bot. Terbrek-brek kaki aku kan
Naik bot ni pon tak sempat nak feeling-feeling Jack dengan Rose hahaa
Signboard ini adalah kelakar haha. I love u is prohibited ya haha
Camni trek perjalanan menuju gua niah. Ingatkan kena ikut trek mencabar, sekali ada jalan cantek daaa
Gua Dagang:
Gua dagang ni tempat tinggal orang yang pergi mengambil sarang burung dalam gua niah. Peraih akan tunggu di sini. Tempat ini juga dijadikan tempat tinggal sementara bagi penuai sarang burung
Lobang Kuala:
Tempat arkeologi yang menjadi bukti wujudnya satu hubungan manusia dan alam semula jadi
Ini rumah tempat tinggal pengkaji artifak di gua niah:
Bermula perjalanan gelap masuk ke dalam gua niah. Tinggi ooooo
Kat sini kita boleh nampak buluh yang dijadikan tiang untuk mengambil sarang burung dan kelawar. Stalaktit dan stalagmit yang cantik. Indah sungguh ciptaanNYA
Painted Cave:
Ada lukisan bewarna oren yang dilukis lada dinding gua
Kembali ke pangkal jalan hahaa. Hampir 1 jam lebih aku rasa nak masuk dari sini ke painted cave dan kembali semula ke sini
Fauna yang aku jumpa:
Sampai kembali ke jeti, kami pergi ke muzium gua niah. Sekali terputus bekalan elektrik daaa
Rehat-rehat sekejap dan kami pergi ke jeti bot dan balik ke seberang
Jangan lupa bayar tambang bot ya hihi
Ini horror lagi menakutkan ya. Nasib tak nampak bujang senang masa seberang sungai tu kan hahaha
Perjalanan kali ini memberi satu pengalaman yang baru dan tidak dapat dilupakan
Masa hendak memulakan perjalanan H jatuh tergelincir. Senak susah bernafas dia. Sampai ke hari ini tak hilang-hilang. Kesian H huhuuu
Aku pon sama..!!!!!!
Aku tergelincir masa hendak turun tangga semasa perjalanan dari west mouth ke trade's cave. Nasib masa aku jatuh tangga tu aku tak pegang tangan H kuat-kuat. Kalau tidak, dengan H sekali jatuh tangga. Nasib juga masa aku jatuh tangga tu aku tak slide orang depan aku juga. Sakit bontot aku..!!!! Tapi imej dan kejantanan kena jaga. Maintain: 'ok ok, aku ok, tak sakit' hahahaha.
Walaupon kasut aku ni untuk outdoor tapi tetap licin huhu.
Dah habis grip dia mungkin. Ye la, Gunung Kinabalu, Bukit Tun Fuad Stephen, Seoul, Korea, Lambir dan Gua Niah aku tibai kasut ni. Belum lagi buat kasut jogging kan haha
Keperluan hiking:
1) baju dan seluar yang sesuai
2) kasut yang grip (ada ja aku tengok orang pakai selipar...mesti pakai asadi kan hihi)
3) lampu suluh. (Dalam gua sangat gelap)
Next Trip: GUA MULU yawwwww
Hahahahha......
Alhamdulillahhhh. Sampai juga aku dan H ke sini. H banyak kali dah ajak g sini. Tertunai juga akhirnya hajat dia =)
Labels:
Cave,
Hiking,
Kembara,
Miri,
Places of Interest,
Travel,
Vacation,
Visit Malaysia
Kembara Miri, Sarawak - Day 2/ Part 3 - Pasar Malam Seberkas
Malam kedua kami di Miri diserikan lagi dengan pergi Pasar Malam di Seberkas.
Aku gerak dari Luak Bay Esplanade ke sini dengn bantuan Waze. Hahaaaa. Rasa macam tak yakin pula tengok peta haha.
Aku ngan H kelam kabut ke sini sebab owner keret sewa dah nak mint balik kereta dah. Janji pulangkan sebelum jam 8.00 malam. Jadi aku ngan H sampai sini lebih kurang jam 7 malam. Syukur, alhamdulillah. Sampai ja kami di pasar malam, william (owner) telefon bagitahu boleh pulang kereta pukul 9 malam. Ada masa lagi 2 jam untuk jalan-jalan di sini.
Sebagai trademark negeri Sarawak. Kek lapis memang banyak dijual di sini. Harga lebih kurang seketul RM10- RM25. Cantik. Memang pandai orang yang buat kek lapis ini kan.
Tarikan paling menarik bagi aku ialah satu gerai yang jual majalah isu-isu lepas. Men's Health isu bulan 11-12/2013 baru RM3.00 hahaa. H beli Reader Digest. Aku dan H belanja RM20.00 di gerai ini. Siap dapat majalah percuma lagi auntie tu bagi =)
Redam di Sarawak, Kuih Keria kat semenanjung. Hihii.
H nak pula makan kuih redam ni. Beli la RM2.00
This is Umai. Hihi. Aku beli umai udang. H yang nak sebenarnya. Tapi dia makan sedikit ja. Aku juga yang menghabiskannyakan. Nasib beli seringgit ja kan.
Apam balik kecil yang garing. Favourite H ni.
Haaaaa....ini tarikan paling menarik. Satay ayam dan daging campur ikut suka hati haha. Kami beli RM6.00. Dapat 12 batang hihi. Murah kan... =)
Favourite aku. Ikan Pari Bakar. Bolehla. Tapi bukan dalam kategori sedap muhahaha. RM7.00
Syukur, dapat juga H makan buah dabai. Tapi versi Nasi Goreng Dabai. Sebungkus RM3.00
Mula-mula kami was-was nak beli sebab kedai ni banyak angpow dan hiasan-hiasan tahun baru cina. Sekali tengok kat banner kedai tulis Mat Cina/ Puan
Saadiah. Ok..!!! Muslim, terus beli hahahaa. Sedap. Tapi buah dabai macam masin. Tak macam aku makan dengan mak masa jalan ke kuching.
Selesai beli makanan, aku ngan H balik hotel. Makan sama-sama di bilik
Close up sikit nasi goreng buah dabai
Makanan yang kami beli. Air ja buat sendiri di hotel hihi.
Jumlah perbelanjaan di Pasar Malam Seberkas : RM 43.00
Cuma aku terkilan dengan satu pemandangan yang tidak dapat aku maafkan. Sakit mata aku.
Mohon pihak berwajib tolong sediakan tong sampah bagi memudahkan pengunjung membuang sampah. Cacat pamandangan ba ni. Huhuuu
Subscribe to:
Posts (Atom)