Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 16, 2014

Kembara Miri, Sarawak - Day 1/ Part 4 - Kingsley Hotel

Usai sessi makan lalapan di Restoren Muara, aku pon start engine kekancil untuk mencari hotel penginpan yang telah aku tempah/ booking. Senang sangat hotel nak cari hotel aku ni ha hahaha.

Dari Waterfront keluar ikut jalan lain sebab jalan dia sehala. Pergi balik trafic light yang ada maybank tadi tu dan masuk 1st exit

Akan nampak masjid sebelah kiri dan sebelah kanan ada Hotel Mega (besar dan warna biru putih)

Terus ke arah trafic light yang pertama, ambil jalan terus dan akan jumpa trafic light yang kedua di mana kita akan nampak Miri Handicraft Centre. Beberapa meter sebelum sampai trafic light tu ada lorong kecil belakang bangunan hotel. Just nice lepas showroom Hyundai, belok kiri. Terus ja dan kita akan berada di parkir belakang hotel ini. 


Pandangan hotel dari arah Parkson


Hotel ni baru sahaja dibuka dan hotel ni ada buat promosi. Semua bilik berharga RM99.00. 

Aku dapat tahu hotel ni daripada sahabat H yang tinggal di Miri ni. 

Alhamdulillah aku dapat booking Deluxe Room selama 2 malam dan pindah bilik Standard Twin hari yang terakhir. 

Kenapa kami pindah..??
Sebab promosi tu sampai 14 Februari 2014 sahaja. Jadi malam terakhir aku di Miri kenala pindah bilik. Kata nak jimat dalam bijaksana kannn hahaha. 

Deposit 2 malam pertama ialah: RM 300
Deposit untuk malam terakhir RM 150


It's The Place to Stay for Comfort


Room's Card Holder


Dan yang paling best ialah hotel ini menggunakan tilam Slumberland yer hahaha. Patutla sedap ja aku tidur sepanjang penginapan aku disini

Ini business card hotel ini:


Inilah bilik Deluxe Room aku:


Bathroom:


Ini yang menarik minat aku iaitu ada 2 channel dia kat tv ni boleh tengok kamera CCTV di tempat parkir kereta. In term of car safety and security, hotel ni memang terbaik. 


Lepas je tahu kemudahan ini, aku terus parkir betul-betul berhadapan dengan kamera CCTV tu demi mengawasi kekancil yang comel itu haha. 


Suhu diluar boleh dikatakan dingin ya malam terakhir aku di Miri untuk percutian bersama H kali ini.

Penginapan di Miri 13 - 16 Februari 2014
Deluxe Room: RM 99 x 2  = RM 198
Standard Twin Room : RM 119
Jumlah: RM 317 untuk 3 malam

Kenapa hotel ini ?
1) walking distance ke Miri City Fan, 3 Shopping Complex, Miri Handicraft Centre, Sarawak Handicraft, Masjid At-Taqwa dan Masjid depan Hotel Mega, Waterfront. The Grand Old Lady memerlukan keazaman yang tinggi hahahaa. 
2) Staff sedia membantu dan menjawab pertanyaan-pertanyaan asas untuk menuju sesuatu destinasi termasuk reatoren dan tempat makan yang sedap. 
3) Tilam Slumberland
4) Hotel baru

5 comments:

Unknown said...

Hai. Hotel ni ade sediakan breakfast x? N hows about the tv channel?

Mr. H said...

Masa kami ke sana breakfast belum lagi disediakan sebab kafe belum lagi disetup. Mungkin sekarang breakfast telah disediakan. Channel tv ada banyak. Ada sukan, movie dan berita. Tapi kami x tengok pon sebab lebih masa di luar, jalan2 miri hihi.

Ya Jing said...

Hi there.
May I know is there any wardrobe, hanger and place to put luggage in the deluxe room? Is the room big and the light is bright or dim? Thank you.

Mr. H said...

hello ya jing
ya..all of it. new furniture. Deluxe room is big and for the lighting, both bright and dim lamp is on your choice. Too many lamp in the room hahahaa.=)

Bogalakon transport said...

Assalamualaikum...wr...wb...Tuan/Puan Perkenalkan kami Bogalakon Tour sebuah Company yang memberikan perkhidmatan tour groud handing di beberapa tempat favorit lawatan.
Insyallah,driver & tour guide kami santun,jujur dan mesra yang selalu akan bawa anda ke tempat kawasan favorit Bandung,Jakarta,Bogor.
Bagi Tuan/puan yang hendak bercuti ke Bandung,Jakarta,Bogor city Tour dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung,Jakarta dan Bogor,boleh hub kami:
Pin BB : 265577D0
Call : +6285722 692 692
WhatsApp : +6281220 375 375
Facebook: Dicky Bogalakon{dicky.bogalakon@facebook.com
Email: bogalakontour@gmail.com
Insyaallah dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik.
Terima Kasih.