Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 22, 2014

Kembara Miri, Sarawak - Day 3 - Makan di Warung Puteri dan SajianWarisan


Alhamdulillah selamat sampai di hotel lebih kurang pukul 3.00 petang kami check in semula sebab aku dan H tukar bilik dari deluxe room ke superior twin. Jimat kos haha. 

Siap masukkan beg dan barang-barang ke dalam bilik, aku dan H pergi Warung Puteri untuk makan tengahari


Aku order laksa sarawak dan neslo panas.


manakala H order mee kolok dan air 3 masam again haha. Sedap katanya


Selesai makan dan bayar RM 12.40 kepada cashier kami menapak ke Sarawak Handicraft yang terletak tidak jauh dari hotel ini. Macam biasa, baju, fridge magnet, barang hiasan, bubu dan lain-lain lagi. Mahal juga la haha. 


Selesai jalan-jalan di sini, kami pulang semula ke hotel untuk berehat

Malamnya, Kak Yus dan Suami memjemput kami di hotel untuk makan malam bersama. Kami makan di Sajian Warisan juga tidak jauh dari hotel. Jalan kaki pon boleh sampai hihi. Memang strategik hotel yang kami tinggal ni. 


Makanan dalam menu banyak sangat. Bingung sekejap jadinya haha


Makan ikan siakan masak sambal nyonya, tomyam campur, telur dadar dannnnnnnn midin belacan


Midin belacan ni aku yang order sebab aku teringin nak makan. 3 kali aku g kuching akhirnya dapat rasa juga di Miri haha. 


Haaaaa....ini memang tertarik menarik kau memang the bomb hahaa. Chelsea tuuuuu. Sekaliii....dengan cutenya H order air ni hahaa. Aku order air jus dragon fruit. Thanks suami Kak Yus belanja kami makan hihi. 

Selesai makan, Kak Yus dan suami hantar kami semula ke hotel. Sampai bilik kemas-kemas barang sebab esoknya plan nak bangun awal sebab nak menapak ke Tamu Muhibbah. Terus study peta macam mana nak ke situ. Receptionist hotel cakap dekat sahaja. Jalan kaki pon sampai. Ok, kami sahut cabaran anda haha. 

No comments: