Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 5, 2014

Misi Melahirkan Pemain Tennis Profesional - H da great


Hock Eng di Bandar Baru Bangi menjadi destinasi tertangguh setelah sekian lama.

Alhamdulillah dapat juga aku pergi sini. Ok..!!! dia dah bukak kedai baru kat kedai sebelah. tapi kedai baru banyak jual pakaian badminton dari Yonex.

Dengan semangat berkobar-kobar, aku je. Aku pon offer kat H. 'awak, beli raket tennis nak tak..?? Boleh kita main kat Stadium Likas nanti'.

Jawapannya sudah tentulah: OK hahaha

So, dengan bantuan tauke kedai, H pon cuba-cuba pegang beberapa raket dan dia memilih raket yang cantik dan ringan. Itu pula kriteria dia kan hihihi.



Sebenarnya datang sini nak beli bola tennis yer. BUKAN raket tennis. Tapi takpa, boleh tolak income tax tahun ni hahahaa.


Inilah raket yang H suka. Wilson Coral Wave warna ungu purple

Kemudian H p pilih damper comel warna hijau dan overgrip pink. PINK okkkk...!!!! PINK....!!! hahhahah.

Setelah rundingan dibuat tauke kedai setuju bagi tali dunlop explosive. Kalau tidak pakai tali apa entah. Aku tengok pon tak lalu hahaha.


Stringer yang hebat tapi tarik 49 je selepas khidmat nasiha daripada tauke kedai untuk orang yang baru mula nak main. Aku dulu baru-baru nak main tarik 55. Sampai sekarang tak putus-putus hahahaha. Hebat la tali explosive tu. Aku guna tali warna kuning, H pakai putih.


taraaaa... H's

Habis pantang nanti kita p main ya. Kasi pandai main. Boleh wakil Sabah. hihihihii

Raket: RM199.00 (damper+overgrip+string+cover)
Bola: RM9.50 x 2 tabung
Jumlah: RM218.00

No comments: